Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui.”
(Al-Baqarah: ayat 216)
Dugaan dariNya datang dalam pelbagai bentuk. Kesukaran untuk hamil juga adalah salah satu ujian yang perlu ditempohi oleh setengah-tengah pasangan. Dr Tasha percaya ada hikmatnya yang tidak ketahui disebalik sebarang musibah atau dugaan yang terpaksa dilalui oleh setiap insan. Ia akan menjadikan seseorang itu lebih tabah, cekal dan membentuk peribadinya.
Kita sentiasa hendaklah cekal, berikhtiar untuk berubat dan berdoa agar dikurniakan zuriat. Diharapkan pasangan hendaklah tidak berputus asa, mendapat nasihat doktor pakar agar suatu dan setelah melakukan rawatan kesuburan terbaik hendaklah bertawakal dengan takdirNya. Kadangkala, rawatan kesuburan seperti IUI atau IVF perlu dilakukan oleh setengah-tengah pasangan beberapa kali barulah berjaya hamil. Akan tetapi Dr Tasha menasihati agar kaum wanita terutamanya tidak melengah-lengahkan mendapat rawatan kerana dengan meningkatnya umur, kualiti dan nombor telur juga akan berkurangan. Ini akan menyebabkan kejayaan rawatan IVF sekalipun akan menurun.
Zikir-zikir mustajab yang boleh diamalkan untuk mendapat zuriat:
1. Ya Khaliq (Baca 100x sehari)
Maha Pencipta
2. Ya Bari’ (Baca 100x sehari)
Maha Perancang
3. Ya Musau-wir (Baca 100x sehari)
Maha Pembentuk
4. Ya Razzaq (Baca 100x sehari)
Maha Pemberi Rezeki
5. Ya Fatah (Baca 100x sehari)
Maha Pembuka
6. Ya Karim (Baca 100x sehari)
Maha Pemurah
7. Ya Allah (Baca 100x sehari)
Doa mustajab yang boleh diamalkan:
Maksudnya:
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa.”
(Surah Al-Imran: 38)
ADS HERE !!!