Cara Merancang Anak Lelaki Jika Mahu Hamil Lagi
Hadi dan Mayra sudah 10tahun bernikah. Mereka sudahpun dikurniakan 3 orang anak perempuan. Bila berjumpa saudara mara atau kawan-kawan, ramai pula yang bertanya, tak mahu anak lelaki ke? Masakan tidak mahu, anak lelaki kan dikatakan sebagai waris keturunan keluarga. Tentulah Hadi dan isterinya mahu.
Sambil tersenyum Hadi membalas,’ itu semua kerja ALLAH. Dia beri kami rezeki anak perempuan, kami redha. Insya allah tengah berusaha juga untuk dapat anak lelaki kalau ada rezeki’
Insya allah, saya nak kongsi cara merancang anak lelaki dalam entry ini.
Namun semuanya kembali pada kuasa sang Pencipta, ini adalah sekadar sedikit panduan yang boleh diamalkan oleh pasangan suami isteri yang berhajat mahu anak lelaki.
Cara dan Tips Perlu Dilakukan Sebelum Isteri Hamil
Bersama pada hari tertentu.
Bersama atau berhubungan kelamin pada hari ovulasi atau sehari sebelum ovulasi. Hari ovulasi adalah hari ketika telur dikeluarkan ke dalam rahim wanita oleh ovum, ia juga dipanggil hari subur. Biasanya hari ovulasi / subur wanita adalah 3 hari sebelum haid dan hari ke 17 selepas haid.
Jika anda dan pasangan tidak pasti tentang tarikh pasti hari ovulasi / subur, boleh gunakan Ovulation Calculator ini.
Hanya masukkan tarikh hari pertama haid dan anggaran kitaran haid isteri bagi yang mempunyai kitaran yang normal dan stabil.
Makan makanan berikut
Ibu yang teringin hamil anak lelaki perlu ambil makanan yang tinggi natrium dan postassium serta kurangkan kalsium dan magnesium.
Contoh makanan yang tinggi natrium dan potassium adalah ubi, kerang, tomato, yogurt, pisang, ikan salmon, dan buah betik dan tembikai.
Dikatakan, banyakkan makan makanan laut (seafood) dan daging juga membantu dalam usaha mendapatkan anak lelaki.
Contoh makanan tinggi potassium
Lakukan hubungan kelamin di waktu malam
Ada ke masa nak bersama waktu siang? Bukan ke semua orang kerja? Hehhhehe
Usahakan agar pihak suami yang mencapai puncaknya agar air mani suami boleh keluar dengan lebih banyak. Dan pihak isteri juga hendaklah boleh mencapai klimaknya. Terdapat kajian membuktikan, wanita yang klimaks mampu mencipta efek biologi di dalam organ sulitnya sehingga menjadi tempat yang ideal untuk kromosom.
Lakukan ‘penerobosan’ yang dalam
Dengan cara ini, ia akan membantu benih atau sperma si suami mendekati ovum isteri dengan lebih mudah. Jika tidak terlalu dalam, berkemungkinan sperma suami memerlukan ‘effort’ atau usaha yang lebih tinggi untuk sampai ke telur isteri. Dikhuatiri, benih suami sudah mati di tengah jalan sebelum sampai ke destinasinya.
Penting juga si suami amalkan pemakanan yang baik untuk memberikan ‘tenaga’ kepada spermanya untuk berjuang. Makanan tinggi Zink penting untuk membantu mortiliti pergerakan sperma menuju ke ovum. Sperma yang lengkap dengan zink akan bergerak laju dan lurus, dan kebanyakan sperma yang kurang zink bergerak seperti tiada GPS. Selalu sesat!
Apapun 4 tips ini hanya usaha dan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri yang mahu kan anak lelaki. Selebihnya ALLAH jualah yang menentukannya.
Saya kongsikan juga doa yang boleh diamalkan oleh kedua dua suami isteri yang mahu anak lelaki. Berdoalah kerana ALLAH sentiasa mendengar permintaan hambanya. Nasib dan takdir yang telah ditulis juga mampu berubah dengan doa yang bersungguh-sungguh. BERDOALAH..
Doa sebagai alat penghubung manusia dengan Pencipta. Berdoalah
Semoga tips ini membantu anda yang inginkan kehadiran anak lelaki dalam keluarga.
Kongsikannya jika ia membantu rakan-rakan atau saudara anda yang inginkan anak lelaki ye
Semoga bermanfaat
ADS HERE !!!