Masa hendak berkahwin macam2 dugaan kami tempoh antaranya emak saya la demand sangat taknak buat biasa2 nak yang besar besaran lagipon saya yang pertama dalam adik beradik yang kahwin tapi saya anak ke2.sampaikan suami saya buat pinjaman dan jual motor kesayangan dia untuk halalkan hubungan kami.
ceritanya bermula sebulan selepas kahwin saya dapat berita kakak saya melahirkan anak tak sah taraf(luar nikah) dihospital dan meninggalkannya selama 4 bulan.kakak saya sudah lama lari rumah dan tak balik balik.masa saya dengar je berita tu saya memang berniat nak ambil anak tu sebagai anak saya.lagipun saya tak sangka rezeki saya untuk dapat anak sendiri lambat.
mulanya kami sepakat dengan keluarga saya untuk jaga anak tu tapi xmampu nak beli susu n pampers sebab saya ni baru berkahwin kewangan tak stabil lagi dan suami pon takde satu harta pon Emak saya berjanji akan menanggung semua kos dan saya hanya menjagamya sahaja.selepas kahwin saya dan suami tinggal sendiri dirumah sewa.taknak menyusahkan siapa2.
malangnye sebulan sahaja emak saya tanggung keperluan anak tu sebab saya bergaduh dan emak saya taknak bagi duit sesen pon saya pon paham mak sata banyak tanggung adik saya yg bersekolah lagi.
Buat pengetahuan semua anak saya tu Kurang upaya.dia sakit sindrom tulang dan sebelah mata dia tak nampak.Doktor cakap sebab kakak saya ambil ubat untuk gugurkan tapi kuasa Allah kan nak anak syurga ni hidup.masa saya datang nak ambil tu sebak sangat tak sangka kakak saya sanggup buat macam tu sedangkan dia berpelajaran tinggi dan perwatakan baik pakai tudung berbeza dengan saya yang sosial dan belajar sampai SPM je pon.
Suami saya tak kisah saya ambil anak tu.Mula2 dia macam tak berapa sangat dengan anak tu.macam geli sikit sebab anak ni tak sama macam orang lain minum susu pakai tiub kaki bersimen.
lama lama dia jatuh sayang kat anak ni sebab dia tengok saya sayang dan jaga anak ni.sekarang dia melebih lebih Sayang anak ni dan dia yang tanggung anak ni selepas mak saya lepas tangan.dia tak bagi siapa2 mengutuk dan mengusik anak kami ni.
yang saya respect keluaga suami pon menerima anak kami.emak dia anggap mcm cucu lain dan sanggup menjaga dan beli macam2 untuk dua berbeza dengan emak saya yang kurang peduli.
Hidup kami memang susah bawak anak pergi hospital naik motor busuk bau ayam motor company suami.nasib baik bos dia baik.kadang2 bawak anak hujan2.sedih rasanya.setahun kemudian bos suami bagi pinjaman beli kereta Alhamdulillah.
Tiga tahun sudah kami menjaganya dan dia masih belum boleh berjalan lagi dan saya baru melahirkan adiknya perempuan juga.kasih sayang kami tak pernah berubah malahan bertambah sayang.mudah mudahan kami diberikan kesihatan dan umur yang panjang unyuk menjaga anak2 kami.Tolong doakan kami dan anak syurga kami ini.terima kasih membaca cerita saya ini..