Doa amalan penyediaan makanan untuk keluarga tercinta? Suri rumah yang bijak memberikan nutrisi terbaik untuk keluarga, tetapi bukan saja terhad pada nutrisinya. Dalam amalan harian, ada juga adab-adab semasa memasak. Saya juga jarang amalkannya. Jadi, mari semua pembaca Oh Ibu berazam, sempena permulaan tahun 2015 ini, kita kembali kepada fitrah. Mulakan dengan amalan yang nampak remeh, mudah dilupakan tetapi PENTING.
Jika kita mudah terlupa, cetak dan tampalkan menggunakan fridge magnet di peti ais anda. Atau pun bingkaikan cantik-cantik, gantungkan di dinding dapur.
Bukan sahaja ibu-ibu dapat sediakan hidangan bernutrisi untuk keluarga, malah keberkatan juga terjaga. Ingatlah, rezeki itu dari Allah, yang mengenyangkan juga Allah, yang menjaga nutrisi makanan itu juga Allah. Makanan itu hanyalah penyampainya sahaja.
Doa amalan penyediaan makanan untuk keluarga tercinta
Makanan lengkap untuk anak-anak dan suami adalah makanan berkhasiat, bernutrisi, selamat, halal, baik (toiyyiban). Indahnya jika dapat diamalkan sedari awal perkahwinan agar keberkatannya berpanjangan dari anak dalam kandungan sehingga anak-anak dewasa.
Doa Masuk Dapur
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]
Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.
Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)
Doa Potong Sayur & Buah(Baca 3 kali)
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]
Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]
Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]
Doa Untuk Sedapkan Makanan(Baca 3 kali)
Selawat Nabi 3x (ALLAH HUMMASYALLI AALA SYAIYIDINA MUHAMMAD)
Istighfar 3x (ASTAGFIRULLAH HAL AZIMMM)
Insya-Allah sama-sama kita tanamkan azam untuk mengamalkan doa-doa ini dalam kehidupan kita di dapur.
Selamat mencuba!. Doa amalan penyediaan makanan untuk keluarga tercinta.
ADS HERE !!!