Ustaz Love dok mengingat2 balik soalan2 yang Ustaz Love belum jawab.. banyak gak dan tak tahu mana nak jawab dulu.. Jadi, Ustaz Love memutuskan untuk menjawab persoalan yang terlintas di pemikiran je dulu.. Tambahan mood berblogging pun masih terumbang-ambing umpama kambing di tengah lautan..
Ustaz Love teringat satu pertanyaan berkaitan dengan hukum membela teddy bear.. Aikk.. teddy bear tu pun bleh kategori sebagai haiwan peliharaan gak ke? Takde la.. saje je Ustaz Love nak buat kelakar.. kelakar tak? hehe..
Hukum menyimpan patung ini khilaf.. ada yang mengharuskannya dengan syarat, dan ada juga ulamak yang mengharamkannya secara total. Kebiasaannya, ulamak yg mengharamkan gambar benda2 hidup, akan turut mengharamkan patung2 ini. Ini kerana, ia boleh menyebabkan berlakunya kesyirikan dan pemujaan tanpa disedari.
Suatu masa dulu (zaman Revolusi Syiah) boleh dikatakan hampir kesemua bilik2 pemimpin pelajar (yg ala2 Islamik) akan menggantungkan gambar Ayatollah Khomeini.. Sehingga sampai ke tahap beranggapan bahawa dengan memandang gambarnya saja akan meningkatkan keimanan dan ianya amalan berpahala.. Inilah antara amalan karut yang berpunca daripada taksub dan taqlid yang dipromosikan oleh Syiah.. dan sekarang ni pun, bukannya takde.. tapi ianya diubahsuai dalam bentuk baru.. iaitu menggantungkan gambar2 ulamak.. itu kira ok lagi.. tapi, ada yang sampai ke tahap memuja gambar itu.. kalau terjatuh, terus dijunjung dan dicium.. malah rumah2 yg takde letak gambar ulamak itu pula dianggap sebagai rumah orang fasiq.. Teruk kan kalau terlalu taksub?
Kalau gambar pun boleh sampai mewujudkan situasi sebegitu, apatah lagi kalau patung2 ini. Kadang2, kita tak ambil kira perkara ini.. Maklum la, baru lepas balik daripada Bali, maka habis segala patung Bali itu dibawa balik tanpa memikirkan ada kemungkinan patung2 itu merupakan berhala2 sembahan orang2 tempatan Bali yang kebanyakannya beragama Hindu. Kalau setakat nak bawak bali limau Bali tu takde masalah la.. sbb limau Bali itu boleh dimakan.. dan sedap dicicah dengan kicap.. slurrpp..
Namun, ada pengecualian bagi patung ini.. iaitu patung2 yg menjadi permainan kanak2.. maka takde masalah.. Cuma yg menjadi masalahnya, orang2 tua pun dok main lagi patung2 ni.. mcm patung2 Kamen Rider, Transformers dsb.. itu bagi lelaki la.. Kalau perempuan plak, ada yg daripada kecik sampai la dah punya anak kecik, masih lagi tak bleh berenggang dengan Teddy Bear (ala2 Mr. Bean).. Sepatutnya, bila dah besar maka sifat kebudak2an kena la dibuang sedikit demi sedikit.. sebab tak lama lagi dah nak jadi isteri seterusnya menjadi mak orang..
Kalau masa kecik2 dulu, kena tido peluk teddy bear, bila dah besar ni, peluk bantal bolster (bantal panjang tu).. daripada cadar Winnie The Pooh kepada cadar bunga2 ke.. benda2 ni walaupun nampak remeh, tapi sedikit sebanyak boleh mempengaruhi watak dan pemikiran seseorang.
“Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung” (HR. Muslim)
Rumah yang tidak dimasuki malaikat, maka yg masuk adalah syaitan.. jangan terkejut kalau tengah2 sedap peluk teddy bear yg berbulu lembut, tiba2 berubah menjadi makhluk yang berbulu kasar
ADS HERE !!!