gambar hiasan
Dalam zaman dunia serba maju dan moden ini masih lagi wujud segelintir manusia yang berfikiran sempit, yang enggan membuka minda walau sekelumit.
Paling menyedihkan mereka orang Islam, walaupun tindak tanduk mereka tidak mencerminkan keislaman yang konon persadakan.
Umat sejati Nabi Muhammad (saw) seharusnya melapangkan dada, menerima qada' dan qadar, dan menggunakan akal kurniaan Allah swt dalam membuat sebarang pertimbangan.
Pilu sekali membaca luahan hati seorang jejaka nelayan dari Taiping, Perak, yang sudah tiga kali pinangannya di tolak oleh keluarga calon isteri apabila mendapat tahu statusnya sebagai anak luar nikah (Harian Metro, Sabtu 15 Oktober 2011).
Kebanyakan keluarga teman wanitanya menolak lamaran dengan alasan sinis tidak mahu keturunan atau cucu mereka nanti mewarisi darah daging anak zina.
Status Mohamad bin Abdullah, 35, sebagai anak luar nikah mula menekan hidupnya apabila dia seringkali terkandas setiap kali mahu mendirikan rumahtangga sejak 1999.
Kata Mohamad, keluarga calon gadis pilihan kerap bertanya mengapa beliau berbinkan nama berlainan dengan nama bapa (angkat) yang menjadi ketua rombongan semasa meminang.
Oleh kerana tidak mahu menjadi salah faham di kemudian hari, mereka mengambil pendekatan berterus terang.
"Saya cuba berlaku jujur menceritakan latar belakang hidup kerana tidak mahu ia menjadi masalah selepas perkahwinan kelak.
"Saya bimbang jika ada orang kampung atau saudara mara terlepas cakap sehingga saya di tuduh penipu."
Malang sekali pendekatan terbuka yang di ambil oleh Mohamad telah menyebabkan pinangan di tolak bulat-bulat atas alasan tidak sanggup bermenantukan anak haram.
Malah kata Mohamad, ibu seorang calon pilihannya pernah menghina dan menyifatkan anak luar nikah sama tarafnya dengan haiwan serta tidak layak berkahwin dengan manusia suci.
"Mungkin jodoh saya hanya sesuai dengan gadis yang juga dilahirkan sebagai anak luar nikah," keluhnya lagi.
Hati saya bagai diguris apabila membaca laporan ini. Amat memalukan apabila seseorang itu tidak dapat membezakan hakikat sebenar.
Yang melakukan zina ialah ibubapanya. Kenapa pula di hukum anak yang tidak berdosa? Bukan dia minta dilahir sebagai anak luar nikah.
Janganlah kita angkuh bila berhadapan dengan keadaan begini. Kita tidak tahu apa yang tersimpan untuk diri kita dan keluarga kita di masa depan...
(Link berikut khas untuk commenter pertama dibawah. Kot-kotlah merasa pengetahuan agama sudah begitu tinggi dan lebih handal daripada kebanyakan ahli agama yang menyaran pendekatan yang lebih sensible, seperti Dr MAZA.
Saya nasihatkan awak supaya muhasabah diri; jangan terlalu menyombong dalam mengeluarkan kata-kata, takut kalau-kalau di satu hari nanti, dengan izin Allah, kelancangan mulutmu itu akan berbalik makan tuan. Semoga kamu mendapat hidayah).
ADS HERE !!!