Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan 1 April lalu telah menyebabkan kenaikan harga barangan.
Menyedari hakikat itu, katanya, kerajaan melaksanakan pendekatan timbal balik dengan menambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tidak membebankan rakyat.
“Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M.
“Kita perlu memahami bukanlah hasrat kerajaan menyusahkan rakyat. Kita perkenalkan GST dengan menambah BR1M umpamanya sebanyak RM300 pada tahun ini,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Khas Kementerian Kewangan di Putrajaya.
Najib berkata, rakyat berdiam diri apabila menerima BRIM tetapi merunggut apabila dikenakan GST.
“Malangnya bila dah dapat duit, banyak yang senyap. Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan,” katanya lagi.
Najib juga menjelaskan selain memberi BR1M, kerajaan juga telah mengurangkan beberapa cukai.
“Pengurangan cukai pendapatan 1%-3%, pengurangan cukai korporat dan sebagainya,” kata Najib.
ADS HERE !!!