Gambar seorang wanita bertudung labuh tersenyum memangku jenazah anaknya tersebar di media sosial.
Ruqayyah Farhani, memuat naik gambar dirinya memangku jenazah anaknya yang meninggal dipercayai kerana tidak cukup bulan.
Difahamkan bayinya Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak hanya "dipinjam" selama 14 hari. Namun 14 haru itu sangat bermakna buat Ruqayyah. Bagaimanapun beliau redha dengan apa yang telah tertulis.
"Anak syurga. Dan insyaAllah akan memberi "syafaat" but baba dan mamanya. Mama dah redha sayang. Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, indah namanya seindah orangnya. Bidadari kuat:'). Terima kasih Allah di atas pinjamanmu selama 14 hari. Anugerah terindah dalam hidup mama.
Si adik, Marsya Farihah tengah survive. Doakann. Tengok Marsya nanti nampak Maryam jugak sebab muka sama." katanya disertakan dengan emoticon menangis dalam senyuman.
Ramai rakan-rakan mengucapkan takziah dan memberikan sokongan agar Ruqayyah tabah menghadapi dugaan yang diberikan.
Sungguhnya wanita ini sangat tabah orangnya. Sesetengah orang tidak mampu mengukir senyuman bilamana orang yang disayangi itu telah pergi buat selama-lamanya.
Al-fatihah buat adik Maryam..syurga buat mu..in shaa Allah :')
ADS HERE !!!